1.WARNA-WARNA YANG CERIA
Kanak-kanak selalunya tertarik dengan tudung yang mempunyai warna yang ceria dan terang, seperti merah, kuning, biru, hijau, dan pink sering menjadi pilihan mereka.
Warna-warna ini secara tak langsung menggambarkan lumrah peribadi anak-anak yang sememangnya riang, gembira dan menyeronokkan
2.BERCORAK
Kanak-kanak juga suka pada tudung yang mempunyai corak , seperti tudung kanak-kanak yang ada corak bunga-bunga, watak kartun, atau motif haiwan kegemaran.
Corak-corak ini memberikan elemen permainan dan kegembiraan dalam gaya pemakaian mereka. Mereka merasa bahagia dan bersemangat ketika mereka dapat memakai tudung dengan corak yang mereka suka.
3.PILIHAN FABRIK
Pilihlah Tudung Budak yang diperbuat daripada fabrik yang selesa dan lembut pada kulit mereka. Fabric sebegini akan membuatkan mereka merasa lebih selesa dan lebih mudah bergerak.
Itulah diantara ciri-ciri yang perlu dipertimbangkan oleh ibu dan ayah sebelum membeli tudung kanak-kanak untuk anak masing-masing.
Namun,perlu diingatkan bahawa kanak-kanak juga mempunyai citarasa tersendiri.
