Di butik Lily Balqis, kami berbangga memperkenalkan koleksi tudung sarung kanak-kanak yang direka khusus untuk memastikan penampilan ceria serta keselesaan yang tiada tandingan untuk si kecil anda. Tudung sarung kami tidak hanya menambah keceriaan dan keindahan, tetapi juga menawarkan kemudahan dan praktikaliti yang diperlukan oleh anak anak.
Diantara pengeluaran produk di butik Lily Balqis ialah tudung sarung kanak-kanak Luna Reben. Tudung sarung ini diperbuat daripada kain material lycra yang bersifat tidak mudah renyuk, tidak jarang dan tidak panas untuk dipakai. Tudung sarung luna reben sangat senang dipakai. Anak-anak boleh memakainya dengan sendiri. Tudung ini juga dihiasi reben di tepi kepala yang tetap tegap walaupun dibasuh mesin.
Lily Balqis juga mengeluarkan tudung sarung kanak-kanak Elina kids yang menggunakan kain material chiffon. Tudung sarung ini direka dengan menggunakan awning scuba untuk memudahkan anak-anak memakainya tanpa ada masalah awning kelepet di dahi. Rekaan tudung sarung kanak kanak ini juga mempunyai rekaan istimewa iaitu lace bunga yang menghiasi di sekeliling hadapan tudung, menjadikan tudung Elina sangat ekslusif.
Selain itu, butik kami sangat popular dengan jualan tudung sarung Sofea. Lily Balqis menggunakan kain material moscrepe yang terkenal dengan sifat anti kedut dan sangat mudah untuk digayakan. Tambahan lagi, tudung sarung kanak-kanak ini dihiasi dengan accessories bunga tabur di juntaian tudung.
Jangan lepaskan peluang untuk melihat sendiri koleksi tudung sarung kanak-kanak kami yang menarik dan berkualiti. Kunjungi butik Lily Balqis di Kuantan Parade, level 1 atau anda boleh membuat pesanan melalui Whatsapp 012-7208559 dan temukan pilihan yang sesuai untuk anak anda. Kami sedia membantu anda dalam memilih tudung sarung yang ideal untuk anak-anak anda. Keceriaan, keselesaan dan kemudahan semuanya ada di Lily Balqis ! Untuk info lanjut, boleh hubungi kami melalui website atau nombor di bawah.
website : lilybalqis.com
Whatsapps : 012-7208559